Wednesday, March 26, 2008

Gelang magnetik untuk fesyen dan kesihatan


23/12/2006 Berita harian
Oleh Diyanah Anuar:
SERING kali aksesori ini 'disalah anggap' sebagai jam tangan. Pemakainya dilihat seolah-olah memakai dua utas jam tangan di kedua-dua tangan kanan dan kiri mereka. Namun, bila diperhati lebih dekat, ia bukanlah jam tangan tambahan seperti yang disangka tetapi aksesori gelang yang menjadi trend golongan jejaka masa kini. Gelang ini bukanlah gelang logam yang biasa sama ada besi, keluli atau kuprum yang selalunya gemar dipakai remaja. Ia adalah gelang jenis magnetik yang kegunaanya bukan sahaja sebagai perhiasan tetapi turut memberi kebaikan kepada kesihatan. Walaupun sebelum ini gelang magnetik hanya popular dikalangan pemain golf, kebelakangan ini ia turut menarik minat mereka yang tidak terbabit dalam sukan elit itu.
Bagi yang gemar bermain golf,gelang magnetik dikatakan dapat mengelak atau mengurangkan rasa lenguh pada pergelangan tangan dan bahu juga keseluruhan badanakibat kekerapan menghayun kayu golf.


NITRO GOLD - Combi Bracelet
Code- ATC6113G
Amega Men's Titanium Combi Bracelet
Price: USD 198


Material Titanium dan kuasa Bio magnetik daripada Amega yang terdapat pada aksesori ini mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan peredaran darah.
Mengaplikasikan gabungan teknologi kuno dan teknologi terkini, Amega menyedia dan mengedarkan pelbagai produk semula jadi dan bukan invasif yang terdiri daripada:
1. Produk Terapeutik Tenaga-Bio
2. Produk kesihatan Teknologi Nano
3. Barang Kemas Berlian
4. Jam tangan unik dengan nilai intrinsik



FINESSE (PAIR) WATCH - SILVER

Code- ML070S
CORAL - Bio Energetic FIR Watch
Price: USD 340


Selain menjadi identiti pemain golf dan tujuan kesihatan,gelang Bio magnetik dari amega ini juga dianggap trend dikalangan eksekutif kerana rekaan dan material aksesori ini nampak eksklusif ditambah pula dengan harganya yang mahal. Dakwaan akan kebolehanya meningkatkan peredaran darah dalam tisu yang cedera dan kuasa penyembuhan melaluai rangsangan sistem saraf turut mempengaruhi atelit profesional untuk menggunakanya. Persoalanya, benarkah gelang magnetik ini mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti yang didakwa?
Banyak percanggahan akan kesahihan perkara ini. Namun, saintis purba Yunani dan Arab mendakwa magnet dapat menyembuhkan kesakitan dengan cara merangsang perjalanan darah di bahagian yang sakit sambil membawa oksigen dan nutrian tambahan serta mengurang kan toksin dalam badan. Hipotesis lain, ia mengubah isyarat kesakitan yang dihantar kesistem saraf.



Falling Code- ND0486
Diamond bracelet in 18K White gold.
Price: USD 9200

Ditanya apakah fungsi pemakaian gelang bio magnetik dari sudut kesihatan, wakil Amega Global Malaysia, Nurol Aishah Emilia berkata, produk ini tergolong dalam perubatan kontemporari. "Pengamal perubatan biasa, biasanya percaya kepada keupayaan aksesori ini tetapi pengamal perubatan alternatif seperti herba percaya bahawa ia memberi kesan kepada keadaan kesihatan. Saya turut difahamkan ada sebuah Universiti tempatan sedang menjalankan kajian mengenai mekanisme ini," katanya. Gelang bio magnetik yang di hasilkan oleh Amega Global secara amnya, kata Emilia, berfungsi melancarkan peredaran darah dan melindungi tubuh badan pemakai dari pada ion positif di persekitaran.


Ion positif dikatakan berbahaya kepada kesihatan manusia. Ia didapati daripada penggunaan perkakas elektrik seperti komputer, penghawa dingin ,telefon bimbit dan bermacam-macam lagi.
"Mungkin kerana sering menggunakan peralatan seberginilah ramai yang menghadapi penyakit darah tinggi dan artritis'" katanya sambil menambah wanita mengandung dan mereka yang menggunakan perentak jantung tidak boleh memakai gelang ini.
Harga bagi seutas gelang Bio magnetik Amega ini bermula RM530 dan boleh mencecah sehingga RM1,500. Terdapat juga aksesori magnetik lain seperti rantai dan gelang kaki bagi wanita.
Harga bergantung kepada bahan yang digunakan yang kebanyakan daripada Titanium, perak, emas dan belian. Golongan wanita juga semakin berminat untuk menggunakanya atas faktor kesihatan," kata Emilia ketika dihubungi.

________________________________________________________

Kesaksian Pengguna Gelang


"saya berumur 52 tahun, bekerja sebagai cleaner di sebuah kilang, saya ingin berkongsi sedikit pengelaman sebelum dan setelah menggunakan produk gelang Bio Magnetic Bracelet dari Amega ini, sebenarnya saya mengidapi berbagai jenis penyakit yang agak serius, kehidupan saya hanya bergantung pada ubat dan setiap bulan perlu ke klinik untuk rawatan selain melegakan kesakitan yang saya alami ketika itu,tapi malangnya keadaan saya semakin teruk dari hari ke hari sehingga saya tidak dapat datang ketempat kerja. Diantara penyakit yang saya hidapi ialah darah tinggi, sakit lutut bahagian sendi-sendi,selalu batuk-batuk dan letih lesu sepanjang hari, Setelah saya diperkenalkan kepada produk Amega ini dan menggunakannya, keadaan kesihatan saya semakin pulih dalam masa lebih kurang 2 minggu secara beransur-unsur dan setelah 8 bulan menggunakannya, darah tinggi sudah hilang, batuk-baruk sudah tak ada, sakit sendi-sendi mula berkurangan dan tak ada letih lesu lagi, malah saya tidak lagi makan ubat atau pergi ke klinik seperti sebelumnya. Terima kasih "AMEGA" telah benar-benar mengubah hidup saya dari sengsara ke YANG BAHAGIA TAK TERHINGGA...

Gunasunderi
Factory Cleaner (SAMA KEBEL- Rawang Selangor)

No comments:

What OCTAFX VPS offer free for active trader

OctaFX offers a free VPS (Virtual Private Server) service specifically tailored for forex traders using their platform, especially for those...