Tukang risik, tukang risik, risik-risiklah untukku;
Cari-carilah, risik-risiklah.
Tukang risik, tukang risik, cari-carilah dalam kitabmu,
Jadikan aku jodoh yang sempurna.
- petikan daripada Fiddler on the Roof
Tiada sesiapapun yang suka dipaksa menjalinkan hubungan. Jika anda "diatur" untuk berjumpa seseorang, atau kehidupan asmara anda sentiasa ditanyakan oleh anggota keluarga atau teman-teman yang sebenamya ikhlas, anda akan berasa fidak selesa.
Walaupun seseorang hendak berkahwin satu hari nanti, proses janggal mencari orang yang tepat kelihatannya mengganggu saja dan kurang menguntungkan. Tambahan pula, ada risiko membuat kesilapan yang meagubah kehidupan, dan proses mengambil keputusan yang melumpuhkan fikiran.
Di beberapa tempat di dunia, seorang bujang tiada pilihan tentang siapa yang hendak dikahwininya. Perkahwinan diatur oleh keluarga (biasanya oleh bapa), dan pengantin perempuan diperlakukan hampir seperti harta benda keluarga.
Muzikal Fiddler on the Roof yang disukai ramai menggambarkan figa orang gadis Yahudi. Gadis-gadis itu takut menjadi pasangan yang berat hati dalam perkahwinan yang diatur dengan para pemuda di Anatevka, kampung kecil mereka di Rusia. Mereka menyanyi dengan pengharapan bahawa tukang risik akan menjadikan mereka "pasangan yang sempuma," tetapi pada rangkap selanjutnya dalam lagu yang sama, mereka memberitahu tukang risik supaya fidak usah terburu-buru! Seterusnya, dalam cerita itu, mereka berusaha untuk mengubah sikap bapa mereka, yang bernarna Tevye, terhadap pernilihan bakal pasangan hidup.
Walaupun tukang risik masih sangat giat di Anatevka, dan meskipun bapa-bapa merupakan golongan yang sangat kuat dalam keluarga, anak-anak perempuan Tevye berjaya membujuk dia untuk membenarkan mereka berkahwin dengan pernudapernuda yang dicintai mereka, kecuali seorang anak perempuan yang bersikeras untuk berkahwin dengan seorang pernuda yang tidak seiman dengan keluarganya.
Sikap terhadap perkahwinan terus-menerus berubah. Dalam keluarga yang selalu bepergian, serta berbudaya bandar, dan puaknya tidak lagi menjadi kuasa utarna (bapa tidak lagi berkuasa seperti raja), proses pengambilan keputusan dalarn pernilihan pengantin perempuan dan pengantin lelaki telah beralih kepada kesukaan individu yang terlibat, walaupun biasanya dengan restu keluarga. Bagaimanapun, hal ini tidak selalu bererti bahawa seseorang peribadi itu telah membuat keputusan yang lebih baik.
"Proses janggal mencari orang yang tepat kelihatannya mengganggu saja dan kurang menguntungkan."
Orang bujang dan yang sudah bercerai atau orang tua yang sudah menjadi balu semuanya boleh berkahwin lagi atas alasan-alasan yang salah. Seseorang yang masih muda mungkin, berkahwin atas alasan perasaan asmara semata-mata, atau atas alasan fakta-fakta yang kaku sahaja. Sescorang yang sudah bercerai mungkin berkahwin semula tanpa mempela.jari apa-apa daripada kesalahan yang lampau, hanya gara-gara berkahwin dengan orang yang tidak sempadan kerana alasan yang salah. Atau seseorang yang sudah menjadi balu, yang berasa sangat kesepian mungkin terburu-buru menjalinkan hubungan yang baru lalu berkahwin, -kemudian menyesal pula.
Alkitab memberikan prinsip-prinsip yang membantu dan yang boleh diterapkan oleh orang muda atau orang tua, dalam perkahwinan pertama atau perkahwinan kedua, dalam perkahwinan yang diatur oleh orang lain atau yang dirangsang oleh cinta asmara. Sesiapa sahaja yang harus mengambil keputusan sepatutnya mempertimbangkan isu-isu yang akan dibincangkan di dalam artikel ini nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
What OCTAFX VPS offer free for active trader
OctaFX offers a free VPS (Virtual Private Server) service specifically tailored for forex traders using their platform, especially for those...
-
Manfaat Terapi Bio MagnetikUntuk pengobatan:- Artritis dan reumatik - Batuk dan asma- Radang, insomnia- Sakit kepala dan pegal-pegal- Stres ...
-
1. T2 size and weight[u/] Car length Overall Length: 2005 mm CHE wide Overall Width: 790 mm Ride Height Overall the Height: 1050 mm H...
No comments:
Post a Comment